
Penubuhan 𝗞𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗯 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗕𝗼𝗹𝗮 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗿𝘁𝗲𝗵 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 merupakan satu langkah dari pengurusan kelab untuk mengembalikan kelab ini kepada komuniti dan penyokong di masa hadapan.
Pihak Koperasi akan diberikan tanggungjawab untuk menguruskan aset komersil kelab, di mana aset-aset ini akan dipindah milik kepada Koperasi secara berperingkat.
Sehubungan dengan itu, mesyuarat penubuhan bagi melantik Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Koperasi akan diadakan seperti dibawah;
Tarikh : 6 Januari 2024
Hari : Sabtu
Masa : 2.00 ptg – 5.00 ptg
Tempat : Dewan Sivik Kerteh
Kami mengalu-alukan kehadiran komuniti pada hari tersebut untuk bersama-sama menjayakan Koperasi ini.
Yang berminat untuk menjadi ahli koperasi dan berminat untuk hadir boleh isi form di berikut : https://forms.gle/39bGUmxjn4i3cx4e7
“𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶”